Pendapatan Pasif Tone Excel

jana pendapatan,jana pendapatan mail,peluang jana pendapatan,kerja kosong, kerja kosong di kedah,

Batuk bukan penyakit serius tapi AWAS …!

Batuk biasanya akan berlaku apabila seseorang itu menghidap selsema dan demam dan sebenarnya penyakit batuk ini tidaklah serius dan dalam masa seminggu ia akan hilang juga bersama demam dan selsema.Namun dalam jangka masa seminggu itu sesiapa sahaja yang menghidapnya akan sibuk mencari ubat batuk bagi melegakan kesakitan yang dihidapi.
Batuk sebenarnya  adalah tindak balas normal yang baik untuk kita kerana tindak balas yang dikenali sebagai tindak balas refleks ini berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan bahan yang menganggu tekak.Batuk terdiri daripada dua jenis iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.

 

 

Batuk Berkahak

-Bermula di bahagian dada dan perlu mengenali warna kahak untuk mengetahui jenis batuk serta penyakit yang dihidapi

-Jika kahak berwarna putih dan jernih menunjukkan tidak ada penyakit penyakit lain yang berbahaya.
-jika kahak ada warna putih tetapi berbuih anda perlu berhati hati, ia mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik dalam jangka masa yang lama.Keadaan ini berlaku pada penghidap penyakit bronkitis.
-Kahak yang berwarna hijau atau coklat.Pesakit perlu berhati hati  ia mungkin terdapat jangkitan dalam paru-paru,selalunya ia disebabkan jangkitan dalam paru-paru oleh kuman bakteria.Mereka yang menghidap bronkitis dan pneumonia juga sering mengalami masalah ini.
-Jika kahak anda berwarna gelap seperti karat atau berdarah, ini menunjukkan anda di peringkat serius dan mungkin di sebabkan oleh kanser,batuk kering dan sebagainya.
Batuk tidak berkahak

-Keadaan ini terjadi apabila anda bersa gatal,kering dan periot dinahagian tekak.Batuk ini disebabkan oleh jangkitan virus di dalam tekak,dan tanpa mengambil ubt pun batuk ini akan sembuh dan keadaan ini berlaku juga selama seminggu.
-Jika anda berasa pedih yang teramat sangat anda harus mengambil ubat untuk mengawal rasa pedih.
Cara-cara menghilangkan kahak di tekak

-Anda hendaklah meminum air suam atau panas dengan banyak
-Elakkan memakan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu,daging,makanan manis,makanan segera dan sebagainya ketika batuk.
-Jauhkan diri anda daripada persekitaran yang berhabuk,berasap toksik dan sebagainya.
-Anda juga boleh menyedut wap daria air yang mendidih.Hidung yang tersumbat boleh dikurangkan dengan melakukan cara ini.
-Untuk mereka yang merokok eloklah kurangkan bilangan rokok yang anda hisap.Untuk lebih berkesan eloklah anda berhenti merokok.
-Tetapi yang paling senang sekali ialah anda menghebus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

About these ads

27/07/2009 - Posted by | Uncategorized | , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: