Pendapatan Pasif Tone Excel

jana pendapatan,jana pendapatan mail,peluang jana pendapatan,kerja kosong, kerja kosong di kedah,

Sakit Belakang

Adakah anda pernah mengalami keadaan ini.Sakit di bahagian belakang pasti ramai yang pernah mengalaminya terutama bagi kaum hawa ibu khususnya yang sering melakukan kerja-kerja rumah.Walaupun kita tahu sakit belakang adalah perkara yang tidaklah serius tetapi anda perlu juga berhati-hati akan penyebab masalah ini.Jika tidak diberi perhatian mungkin akan mendatangkan akibat buruk pada anda nanti.

Penyebab sakit di bahagian belakang

Disebabkan oleh otot yang lemah,otot yang tegang atau kaku,urat belakang yang tergeliat, otot yang terkoyak atau juga disebabkan sakit sendi yang mengakibatkan anda rasa sakit di bahagian punggung,kebas kaki,rasa digigit semut di kaki akibat rangsangan saraf dari saraf tunjang.Tekanan perasaan atau tidak melakukan sebarang aktiviti senaman juga boleh menjadi punca sakit di bahagian belakang.

Selain itu mereka yang mempunyai keadaan fizikal yang agak gemuk juga boleh mendapat sakit belakang terutama melibatkan waktu berdiri dan duduk yang agak lama.Kadang-kadang sakit belakang juga adalah kerana tanda- tanda ada masalah arthritis,ulser atau masalah sakit buah pinggang,mengandung atau masalah yang berkaitan genetik atau kecederaan fizikal di bahagian belakang akibat kecederaan.

Simptom sakit belakang

Sakit di bahagian belakang selalunya sakit di bahagian bawah belakang anda dan boleh merebak ke bahagian lain iaitu kaki.Bahagian yang sakit akan merasa sensitif apabila disentuh dan akan berasa lebih sakit apabila anda bergerak.Rasa sakit boleh dirasai seperti pisau yang tajam menikam atau rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian otot belakang.

Siapa yang berisiko mendapat sakita belakang?

1-Yang tidak boleh dirawat atau diubah

 a) Mereka yang berada dalam pertengahan umur
 b) Lelaki
 c) Sejarah keluarga yang menghidap sakit bahagian belakang.
 d) Mengandung-semasa mengandung ligamen wanita meregang otot abdominal mereka tegang dan lemah     dan bahagian belakang perlu menyokong bayi dalam kandungan.
 e) Sebahagian tulang belakang mengalami tekanan
2-Yang boleh dirawat atau diubah

 a) Kekurangan senaman
 b) Pekerjaan dan aktiviti lain yang memerlukan seseorang itu duduk, mengangkat atau menarik        barangan berat dan pekerjaan yang mengakibatkan seseorang terdedah kepada getaran.
 c) Merokok
 d) Berat berlebihan
 e) Tekanan
 f) Pengunaan streoid terlalu lama
Pencegahan sakit Belakang

-Kurangkan aktiviti yang memburukkan simptom tetapi buat aktiviti biasa tetapi tidak digalakkan  berehat dikatil sahaja.
-Buat senaman ringan untuk membina dan menegekalkan otot perut yang kuat dan belakang yang  fleksibel.
-Perlu tahu apakah penyebab sakit belakang dan langkah mengelakkannya.

16/05/2009 - Posted by | Uncategorized | , , , , , , , , , , , ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: